Memahami Disleksia
Disleksia ialah satu gangguan pembelajaran yang menjejaskan keupayaan membaca, mengeja, menulis, dan bertutur.
Apa itu Disleksia?
Ia bukanlah satu penyakit, sebaliknya perbezaan cara otak memproses maklumat berkaitan bunyi dan huruf. Langkah pertama untuk membantu anak anda adalah dengan memahami dunia pemikiran mereka.
- Sering keliru dengan huruf yang mempunyai bentuk hampir sama, seperti b & d, p & q, atau m & w.
- Mengambil masa yang lebih lama untuk membaca berbanding rakan sebaya dan kerap merangkak-rangkak.
- Kerap terbalikkan suku kata ketika mengeja, walaupun setelah diajar berulang kali.
Sokongan di Rumah
Sokongan emosi sangat penting. Untuk memastikan mereka boleh mencapai potensi penuh dalam pembelajaran, teknik pengajaran yang khusus dan bersesuaian perlu diperkenalkan.
- Pendekatan Pelbagai Deria: Gunakan pendekatan yang melibatkan pelbagai deria seperti visual, auditori, dan kinestetik.
- Pengulangan Berterusan: Sediakan latihan yang melibatkan pengulangan berterusan untuk mengukuhkan kemahiran membaca dan mengeja.
- Pembelajaran Melalui Lagu dan Irama: Gunakan lagu atau irama untuk membantu pelajar mengingati perkataan dan konsep.
- Visualisasi: Bantu pelajar mengaitkan perkataan dengan gambar atau perwakilan visual.